Langkau ke kandungan
JTS Sarawak Uni-Technologies Sdn. Bhd.
Anjuran bersama
Logo Jabatan Tanah dan Survei Sarawak Logo Universiti Teknologi Malaysia Logo Uni-Technologies Sdn. Bhd.

Ukur Bumi Kenyalang:Dari Warisan ke Pemodenan Kadaster

Sejarah, Teknologi & Amalan Ukur Terkini

Warisan Dipelihara, Inovasi Diterajui

11 November 2025 • 56 Hotel (Blok B), Kuching, Sarawak

Pengenalan

Sarawak melangkah ke era pemodenan ukur dan pemetaan melalui penubuhan datum rujukan SGeD20. SGeD20 - Datum Geosentrik Sarawak Baru 2025 Transformasi ini memacu peralihan daripada amalan konvensional kepada ekosistem berasaskan Global Navigation Satellite System (GNSS) yang lebih moden, pantas, dan tepat, seterusnya meningkatkan kecekapan perkhidmatan, kebolehpercayaan data, serta kesiapsiagaan terhadap aplikasi masa nyata.

Seiring dengan Revolusi Industri 4.0 dan Sarawak Post Covid-19 Development Strategy (PCDS) 2030, pembangunan jaringan SGeDNet yang merangkumi stesen aktif dan pasif di seluruh Sarawak menjadikan bumi kenyalang memiliki infrastruktur ukur yang mantap dan diyakini. Ia menyokong aplikasi kadaster baharu berketepatan tinggi serta pelbagai bidang seperti pemetaan, kejuruteraan, perancangan bandar, penilaian tanah, dan penyelidikan.

Inisiatif ini turut memperkukuh pengurusan data geospatial di Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTS), menjadikan Sarawak setanding negara maju dalam aplikasi datum geosentrik sejajar aspirasi Sarawak Digital Economy Blueprint (SDEB) 2030.

SGeD20 Datum Geosentrik
SGeDNet Jaringan CORS
Sokongan PCDS 2030
Aspirasi SDEB 2030

Komponen Utama

  • Integrasi sistem GNSS, CORS dan aplikasi geodetik.
  • Infrastruktur data geospatial terkini dengan piawaian antarabangsa.
  • Penyelarasan antara JTS, industri, dan akademia.
  • Menyokong transformasi digital perkhidmatan ukur & pemetaan negeri.

Kelebihan Penyertaan & Demonstrasi Teknologi

  • Pendedahan kepada datum baharu SGeD20, teknologi GNSS & CORS terkini.
  • Demonstrasi pengukuran menggunakan sistem PIVOT SGeDNet.
  • Khidmat nasihat, jaringan profesional dengan JTS, penyelidik, industri serta komuniti profesional ukur.

Objektif Program

Program ini menjadi platform rasmi untuk memperkenalkan SGeD20 dan jaringan SGeDNet sebagai teras utama dalam pemodenan kadaster dan pengukuran di Sarawak. Pendekatan ini menyokong standardisasi, ketelusan, dan pengurusan data geospatial bersepadu di peringkat negeri.

Memperkenalkan SGeD20 & SGeDNet

Menyerlahkan identiti dan logo rasmi yang melambangkan era baharu sistem datum dan jaringan geodetik negeri.

Mengangkat Datum Geosentrik Baharu

Membentangkan kepentingan penggunaan datum geosentrik moden (SGeD20) bagi ketepatan data ukur dan pemetaan.

Mewujudkan Rangkaian BT68–SGeDNet

Memperkenalkan hubungan rangkaian antara datum lama BT68 dengan SGeDNet untuk kesinambungan dan integrasi data.

Memupuk Kolaborasi Strategik

Mengeratkan kerjasama antara akademia, industri, dan agensi kerajaan dalam memperkukuh bidang ukur dan pemetaan negeri.

Fokus Program

Pemodenan kadaster, standardisasi pangkalan data spatial, integrasi SGeDNet/SGeD20, keselamatan maklumat dan pemerkasaan kapasiti teknikal.

Transformasi Kadaster

Pendigitalan proses, koordinat berketepatan tinggi, rekod tanah konsisten dan telus.

SGeDNet / SGeD20

Platform data geospatial bersepadu untuk perkongsian dan interoperabiliti negeri.

Keselamatan & Akses

Kawalan akses berperingkat, audit trail, tadbir urus data dan pematuhan.

Kerjasama Strategik

Penyelarasan kerajaan–industri–akademia menyokong pembangunan mampan.

Kelebihan Penyertaan & Demo Teknologi

  • Pendedahan kepada datum baharu SGeD20, teknologi GNSS & CORS terkini.
  • Demonstrasi pengukuran menggunakan sistem Pivot SGeDNet.
  • Khidmat nasihat, jaringan profesional dengan JTS, penyelidik, industri & komuniti profesional ukur.

Tentatif Program

Tentatif Program Dialog Awam SGeDNet & Pemodenan Kadaster Sarawak. Masa dan slot tertakluk kepada pengesahan rasmi.

08:00
Pendaftaran Peserta
08:30
Majlis Perasmian
Perasmian oleh Pengarah Tanah & Survei Sarawak, YBhg. Datu Awang Zamhari bin Awang Mahmood
Ucapan & Perasmian SGeDNet & SGeD20
Gimik Pelancaran Program / Montaj
Penyampaian Cenderahati
Sesi Bergambar
09:30
Minum Pagi (MTB) & Sesi Bebas
10:00
Bahagian 1 – Forum
"Ukur Bumi Kenyalang: Dari Warisan ke Pemodenan Kadaster" [Sejarah, Teknologi & Amalan Ukur Terkini]
MODERATOR: Tn Mohamad Iskandar Mohamad Usop
Panel 1: Tn ADS Sr Jawan anak Tumba [Sejarah Pengukuran di Sarawak & Hala Tuju]
Panel 2: PM Dr Tajul Ariffin [Geocentric datum SGeD20]
Panel 3: Sr John Cheu Teck Hook [Keperluan & Praktis Pengukuran di Sarawak]
11:00
Bahagian 2: Sesi Perkongsian
Operasi SGeDNet: Tn Mohamad Iskandar Mohamad Usop
i. Tujuan/Matlamat/Objektif penubuhan SGeDNet (Taburan stesen & Perancangan)
ii. Operasi/Perkhidmatan Seksyen Geodesi (PDC)
iii. Aplikasi Kadaster, Kejuruteraan, Pemetaan dll
iv. Khidmat Pelanggan

Modenisasi Kadaster: PM Dr Abdullah Hisam
Initiative On Cadastral Modernisation In Sarawak

Sesi Soal Jawab: (Tn Mohamad Iskandar Mohamad Usop & PM Dr Abdullah Hisam)
Moderator: Dr Muhammad Hafiz Mohd Yatim
11:45
Bahagian 3: Aplikasi Lapangan (Live Trial)
i. Taklimat Kerja Lapangan, Tetapan Peralatan, Keselamatan
ii. Pecahan Kumpulan, Kerja Lapangan
Modul 1:
Konfigurasi Peralatan GNSS ke jaringan SGeDNet
Capaian ke laman sesawang SGeDNet
Capaian ke Pivot, konfigurasi Username, Password, dsb.
12:00
Makan Tengah Hari (Lunch) & Sesi Bebas
13:30
Bahagian 3 (Sambungan): Aplikasi Lapangan (Live Trial) - Sekitar Hotel
Modul 2:
Aplikasi SGeDNet
Carian Titik Kawalan & Tanda Sempadan (Stakeout)
Kerja Kejuruteraan, Pemetaan, dsb.
Modul 3:
Penggunaan Cadastral Control Infrastructure (CCI)
Aplikasi dan Semakan.
15:30
Minum Petang (ATB) & Sesi Bebas
16:00
Sesi Soal Jawab
Sesi UTSB & JTS bersama peserta
Moderator: Dr Muhammad Hafiz Mohd Yatim
17:00
Majlis Penutupan
Penyampaian cenderahati.
17:30
Bersurai

Kemaskini: 05 November 2025

Penceramah & Panelis

Pakar teknikal, wakil dasar, dan teknokrat dalam pemetaan, rekod tanah & tadbir urus kadaster.

ADS Sr Jawan anak Tumba - Pakar Sejarah Pengukuran Sarawak, Dialog Awam SGeDNet 2025

ADS Sr Jawan anak Tumba

Jabatan Tanah & Survei Sarawak

Sejarah pengukuran di Sarawak & hala tuju.

PM Dr Tajul Ariffin - Pakar Datum Geosentrik SGeD20, Dialog Awam SGeDNet 2025

PM Dr Tajul Ariffin

Akademia

Geocentric datum SGeD20.

Sr John Cheu Teck Hook - Pakar Praktis Pengukuran Sarawak, Dialog Awam SGeDNet 2025

Sr John Cheu Teck Hook

Industri

Keperluan & praktis pengukuran di Sarawak.

Tn Mohamad Iskandar Mohamad Usop - Pakar Operasi SGeDNet, Dialog Awam SGeDNet 2025

Tn Mohamad Iskandar Mohamad Usop

Seksyen Geodesi, Jabatan Tanah & Survei Sarawak

Operasi SGeDNet & perkhidmatan.

PM Dr Abdullah Hisam - Pakar Pemodenan Kadaster Sarawak, Dialog Awam SGeDNet 2025

PM Dr Abdullah Hisam

Akademia

Inisiatif pemodenan kadaster di Sarawak.

Dr Muhammad Hafiz Mohd Yatim - Moderator Dialog Awam SGeDNet 2025

Moderator: Dr Muhammad Hafiz Mohd Yatim

Akademia

Memudah cara sesi perkongsian & Q&A.

Lokasi Program

56 Hotel (Blok B), Kuching

Sesi fizikal bersemuka. Kehadiran terhad kepada jemputan / pendaftaran yang disahkan.

Butiran
Lokasi
56 Hotel (Blok B), Kuching
Tarikh
11 November 2025
Masa
8:00 pagi – 5:30 petang
Format
Taklimat teknikal, forum, perkongsian, live trial & Q&A
Hubungi
  • Uni-Technologies Sdn. Bhd. (UTSB)
    En Muhammad Ikmal (Pegawai Seranta UTSB)
    gngutm@utm.my • +60 17-429 6377
  • Seksyen Geodesi, Jabatan Tanah & Survei Sarawak
    En Zul Karami (Pegawai Seranta JTS)
    zulkj@sarawak.gov.my • +60 11-5633 0112